Bersahur adalah sunnah Nabi kita, dan dikira sebagai ibadah.
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
”Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan” (Riwayat Bukhari)
”Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan” (Riwayat Bukhari)
Ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.”
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.”
Sabda Rasulullah saw lagi:
”Makan sahur adalah keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya minum seteguk air kerana Allah dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur” (Hadis Hasan)
”Makan sahur adalah keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya minum seteguk air kerana Allah dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur” (Hadis Hasan)
Bersahur adalah sangat penting sebagai sarapan pagi bagi mendapat cukup bekalan tenaga dan zat untuk mengerjakan berbagai aktiviti pekerjaan di siang hari. Kajian mendapati mereka yang bersarapan pagi menujukkan prestasi kerja yang lebih baik dan mempunyai taraf kesihatan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang jarang-jarang atau tidak pernah mengambil sarapan pagi. Di kalangan pelajar sekolah pula, mereka yang mengambil sarapan pagi menunjukkan penumpuan di dalam kelas dan pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan mereka yang jarang-jarang atau tidak bersarapan pagi.
Makanan semasa sarapan pagi seharusnya makanan yang seimbang, iaitu mengandungi kuantiti nasi / bijirin yang sederhana (1 cawan), mengandungi sayur (> 1 senduk), buah (1 biji/potong), satu cawan susu rendah lemak serta rendah masakan keseluruhannya yang rendah lemak/minyak/kolesterol. Sebaik-baik buah semasa bersahur ialah buah tamar
Sunnah dalam bersahur:
1. Melewat-lewatkan masa bersahur, iaitu sekitar tempoh membaca al-quran 50 ayat al-quran sebelum azan.
Sabda Rasulullah saw :
”Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa” (Riwayat Ahmad)
Dari Anas, beliau meriwayatkan dari Zaid bin Thabit, telah berkata : ”Kami telah bersuhur bersama dengan Nabi saw, kemudian bangun untuk bersolat. Aku telah berkata (Anas) : Berapa lama tempoh antara azan dan bersuhur ? Dia (Zaid) menjawab : Dengan kadar 50 ayat (bacaan Al-Quran) ” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

2. Makan buah tamar sebagai salah satu menu semasa bersahur
Sabda Rasulullah saw bermaksud : ”Sebaik-baik makanan sahur mukmin itu adalah tamar ” [HR Abu Daud)
3. Tidak makan secara berlebihan
4. Mengerjakan solat subuh berjemaah selepas bersahur, yakni tidak tidur selepas bersahur.
Semoga bermanfaat, Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan
Wassalam
0 comments: