Friday, May 27, 2011

Mari Berpantun!

Posted by Syahmi Meon at 10:43 PM 0 comments

2 3 unta berlari,

mane nk sma rimau berlari..


2 3 katak berlari,

katak leh berlari k?


2 3 kucing berlari,

kucing mane yg x berlari?


2 kerat pantun baru,

3 kali korg kene tipu..

hahahahaha

Thursday, May 5, 2011

Seloka DLM2A

Posted by Syahmi Meon at 10:18 PM 0 comments

Assalamualaikum pembuka bicara,
Penuh sopan adat bermula,
Hayatilah ini pembuka seloka,
Nukilan ku cipta buat semua.

Kesana kesini sibuk sekali,
Lagak mengalahkan Perdana Menteri,
Inilah dia class rep kami,
Saiful Amaluddin nama diberi.

Diam seribu kata,
Bila berbicara lantanglah pula,
Nama di beri Syakila namanya,
Itulah dia penolong class rep pula.

Mulut bising menjawab soalan,
Bukan main susah nak lawan,
Kalau ketawa tak tengok kiri kanan,
Itulah Anizah dan Zulaiha rakan seperjuangan.

Kalau bergaduh macam berperang,
Kalau dah baik 24 jam bersembang,
Anna dan Zahim bukan sembarang,
Salah cakap boleh kena lempang.

Nik Nur Atikah nama diberi,
“Malaysia, Selesa” panggilan kami,
Senyumnya lebar nampak gigi,
Bila dia marah semua lari.

Zul dan Akmal duduk semeja,
Seorang tidur seorang jaga,
Tahan mengantuk merah mata,
Tapi sesekali terkantoi juga.

Dalam kelas pendiam sekali,
Dialah Bella nama diberi,
Berkaca mata tampak berseri,
Itulah Aqilah anak Haji Rosli.

Nak buat lawak asyik tak jadi,
Selalu membuli kami di sini,
Melanggar disiplin menjadi personaliti,
Itulah Amin anak Madam Samawati.

Kecil molek sungguh menawan,
Aizura gadis cukup bersopan,
Kemana sahaja mesti berteman,
Itulah Aisyah yang ramai kawan.
Bab bercerita pantas sekali,
Itulah NurSyazrina mentee Miss Arni,
Sahabat sejati sampai ke mati,
Fazrine Hisham sentiasa di sisi.

Nak kata pendiam bolehlah tahan,
Bila speaking terlanggar jambatan,
Seorang tinggi seorang perasan,
Iqbal dan Epul nama samaran.

Lain pula Amira, Atiqah dan Wani,
Sering bersama ke sana ke mari,
Pesanan mak ayah selalu di hati,
Agar menjadi pelajar bestari.

Syafiq Yunus jejaka kelas kami,
Berkaca mata kemas sekali,
Idayu terpandang tercuit hati,
Kini mereka pasangan sejoli.

Ikmal dan Fizwan baik orangnya,
Ramai dara terpikat padanya,
Tetapi awas ianya bahaya,
Jika tak tahu apa sikapnya.

Sekali pandang macam Salman Khan,
Dua kali pandang hancur harapan,
Itulah Meon nama timangan,
Marilah kenal janganlah segan.

Kalau ada terumpat kata.
Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada terpuji pula,
Jangan kembang berlori-lori.

Kepada sahabatku harap mengerti,
Ini sekadar penghibur hati,
Kepada yang terkena jangan kecik hati,
Nak buat macam mana dah realiti.

Setiap cerita ada penghabisan ,
Setiap pertemuan ada perpisahan,
Sampai disini daku persembahkan,
Buat tatapan sahabat sekalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

kisah - kisah meon Copyright © 2012 Design and Graphic by Syahmi Meon Template