Monday, October 17, 2011

Gelagat Pengguna FACEBOOK

Posted by Syahmi Meon at 12:20 AM 1 comments
1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)

10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? :D

Sunday, October 16, 2011

Look and See

Posted by Syahmi Meon at 2:07 PM 0 comments
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja, PAPA dan MAMA.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama saja.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia saja.
A = ada tak ada, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana

Friday, October 7, 2011

Special Thankz!

Posted by Syahmi Meon at 12:00 AM 1 comments
special thank tok org yg sy syg sbb da byk tlg ajo mcm ne nk edit blog nie even dy x bpe sihat skg nie.. hope u will get better tomorrow syg.. i love u so2 much!




nie blog dy hehe
akulahe-rapasha.blogspot.com


thank sngt2 syg.. u are more than anything to me......
:)

Thursday, October 6, 2011

Thank U!

Posted by Syahmi Meon at 6:55 PM 0 comments
nk blajo sume tntg blog..
leh refer kat link bwh nie..

http://www.lyssasecret.com/p/tutorial.html


hope u all enjoy blogging!

Wednesday, October 5, 2011

teka - teki

Posted by Syahmi Meon at 7:17 PM 0 comments
Berikut adalah soalan peperiksaan akhir untuk mereka-mereka yang berguru dengan harimau jadian.

Jawab semua soalan dan beri sebab kepada jawapan anda.

1)Bukit Jalil selalu diabadikan dalam kamera kerana Sukan Komanwel.

Namakan anak Bukit Jalil yang juga kerap divideokan.

2)Mengikut hikayat 1001 Malam, Ali Baba telah mencuri harta dari 40 orang penyamun.

Abangnya, Kassim Baba, telah dibunuh kerana gagal membuka pintu gua yang penuh dengan harta.

Siapakah nama adik Ali Baba yang bersahabat dengan 40 orang lanun?

3)Namakan menteri yang boleh dimakan jika ia diterbalikkan.

4)Menteri manakah yang terpaksa duduk goyang kaki kerana terlalu ramai orang membantunya?

Untuk melihat jawapan, sila scroll.

1) Nama anak Bukit Jalil: Bukit Ziela (Ziela Binti Jalil adalah bekas artis)

2) Nama adik Ali Baba: Ghafar Baba (Dia kawan dengan lanun Gua Bukit Aman)

3) NAJIB>>>>BIJAN (Biskut Bijan sedap dimakan di waktu petang)

4) Menteri Tugas Khas (Tugas membaiki ekonomi telah ditangani oleh

Menteri Kewangan 1 & 2 + Syarikat Kewangan Solomon.

Korang tau tak Mirzan pernah kerja dengan Sykt.

Solomon cawangan New York?

Lawak x?

Posted by Syahmi Meon at 7:14 PM 0 comments
Cerita Lawak/ lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita Lawak/ Lucu 6: Makan
cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................

tntg hari nie

Posted by Syahmi Meon at 7:05 PM 0 comments
pnat setting blog nie hah.. buang sne buang snie.. amek sne amek snie.. hope korg ske r gn blog aq yg brwjah bru nie.. hahaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

kisah - kisah meon Copyright © 2012 Design and Graphic by Syahmi Meon Template