Sunday, December 25, 2011

Just 4 U!!

Posted by Syahmi Meon at 7:47 PM 1 comments

salam just tlis entry tok special one NUR SHAHIERA BT MOHD SENI



dear my love..

ucuk x tau nk luahkn perasaan mcm ne lg da.. ucuk cme nk yg bby tau yg ucuk cme syg n cntekn sngt kat bby sorg jek.. all i done is 4 u only.. u are the wonderful and the perfect person that came in my life... i'm appreciated it.. thanks for GOD give me your heart to me, for always loving u my dear... i'm just want u to know that i can live without u my NUR SHAHIERA BT MOHD SENI.. I LOVE U SO MUCH!!!


p/s: tbe2 jek nk tlis entry time2 mcm gnie.. hahaaa.. anyway u always in my heart BBY!!!

Thursday, December 1, 2011

Tanda Seorang Lelaki Jatuh Hati :D

Posted by Syahmi Meon at 7:04 AM 1 comments
=.=Y 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
=.=Y 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

=.=Y 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

=.=Y 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

=.=Y 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

=.=Y 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

=.=Y 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

=.=Y 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

=.=Y 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

=.=Y 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

=.=Y 12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

=.=Y 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

=.=Y 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

=.=Y 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

=.=Y 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

=.=Y 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

=.=Y 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

=.=Y 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

=.=Y 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

=.=Y 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

=.=Y 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

=.=Y 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH KAMI (LELAKI) YANG MENCINTAI DIRIMU YANG BERGELAR WANITA!!!

Monday, October 17, 2011

Gelagat Pengguna FACEBOOK

Posted by Syahmi Meon at 12:20 AM 1 comments
1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)

10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? :D

Sunday, October 16, 2011

Look and See

Posted by Syahmi Meon at 2:07 PM 0 comments
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja, PAPA dan MAMA.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama saja.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia saja.
A = ada tak ada, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana

Friday, October 7, 2011

Special Thankz!

Posted by Syahmi Meon at 12:00 AM 1 comments
special thank tok org yg sy syg sbb da byk tlg ajo mcm ne nk edit blog nie even dy x bpe sihat skg nie.. hope u will get better tomorrow syg.. i love u so2 much!




nie blog dy hehe
akulahe-rapasha.blogspot.com


thank sngt2 syg.. u are more than anything to me......
:)

Thursday, October 6, 2011

Thank U!

Posted by Syahmi Meon at 6:55 PM 0 comments
nk blajo sume tntg blog..
leh refer kat link bwh nie..

http://www.lyssasecret.com/p/tutorial.html


hope u all enjoy blogging!

Wednesday, October 5, 2011

teka - teki

Posted by Syahmi Meon at 7:17 PM 0 comments
Berikut adalah soalan peperiksaan akhir untuk mereka-mereka yang berguru dengan harimau jadian.

Jawab semua soalan dan beri sebab kepada jawapan anda.

1)Bukit Jalil selalu diabadikan dalam kamera kerana Sukan Komanwel.

Namakan anak Bukit Jalil yang juga kerap divideokan.

2)Mengikut hikayat 1001 Malam, Ali Baba telah mencuri harta dari 40 orang penyamun.

Abangnya, Kassim Baba, telah dibunuh kerana gagal membuka pintu gua yang penuh dengan harta.

Siapakah nama adik Ali Baba yang bersahabat dengan 40 orang lanun?

3)Namakan menteri yang boleh dimakan jika ia diterbalikkan.

4)Menteri manakah yang terpaksa duduk goyang kaki kerana terlalu ramai orang membantunya?

Untuk melihat jawapan, sila scroll.

1) Nama anak Bukit Jalil: Bukit Ziela (Ziela Binti Jalil adalah bekas artis)

2) Nama adik Ali Baba: Ghafar Baba (Dia kawan dengan lanun Gua Bukit Aman)

3) NAJIB>>>>BIJAN (Biskut Bijan sedap dimakan di waktu petang)

4) Menteri Tugas Khas (Tugas membaiki ekonomi telah ditangani oleh

Menteri Kewangan 1 & 2 + Syarikat Kewangan Solomon.

Korang tau tak Mirzan pernah kerja dengan Sykt.

Solomon cawangan New York?

Lawak x?

Posted by Syahmi Meon at 7:14 PM 0 comments
Cerita Lawak/ lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita Lawak/ Lucu 6: Makan
cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................

tntg hari nie

Posted by Syahmi Meon at 7:05 PM 0 comments
pnat setting blog nie hah.. buang sne buang snie.. amek sne amek snie.. hope korg ske r gn blog aq yg brwjah bru nie.. hahaa

Friday, September 23, 2011

Hantaran KAWIN!

Posted by Syahmi Meon at 11:44 PM 1 comments
Pernah baca harga hantaran kawin mengikut tahap pendidikan semasa?

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000...

mahal ke? murah je...

ini jawapan balas pihak lelaki

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH:
Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

... Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 20ribu.. 200ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus dan pernah rebore.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

hahahhahahahaa....jgn djual beli pnikahan itu, klau jodoh d dpan mata jgn dtolak..hahahaaaa...lol..!!!

Wednesday, September 14, 2011

Link2 nk DOWNLOAD MOVIE dgn LAJU

Posted by Syahmi Meon at 6:00 PM 0 comments
hari nie aq nk share LINK2 yg bole korg gne utk Download Movie2 bru.. x pyah nk susah2 nk bli cd or dvd.. kte download jek lg mudah.. hehee






klu nk LAJU sket DOWNLOAD tu leh r gne premium account FREE blaja kat snie k.



hope u all will enjoy.. :D
PEACE!

Tuesday, August 9, 2011

The Very Important Person In My LIfe

Posted by Syahmi Meon at 2:08 PM 4 comments



i don't what to say.. just this 4 u, syg sngt2 kat awk.. i love u NUR SHAHIERA!!
p/s: sory amek gmbr x btaw.. hehee

Sunday, August 7, 2011

today with ????

Posted by Syahmi Meon at 9:50 PM 2 comments


just look it lorr.. x tau nk ckp ap.. we just have fun together..
that all :)

Saturday, July 30, 2011

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu!

Posted by Syahmi Meon at 3:43 PM 0 comments
1 - Niat Sembahyang :

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :

Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :

Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :

Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :

Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :

Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :

Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :

Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :

Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :

Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :

Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Tuesday, July 26, 2011

Semperna Ramadan Yang Akan Menjelang

Posted by Syahmi Meon at 5:57 PM 0 comments
mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
renung-renungkan da selamat beramal...!!

Wednesday, July 13, 2011

15 Maksiat Yang Di Segerakan Balasannya

Posted by Syahmi Meon at 5:29 PM 0 comments
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda :

" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .

2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan .

3 . Zakat dijadikan hutang .

4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .

5 . Anak derhaka terhadap ibunya .

6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya .

7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya .

8 . Suara ditinggikan di dalam masjid .

9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .

10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .

11 . Arak diminum di merata tempat .

12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki .

13 . Para artis disanjung - sanjung .

14 . Muzik banyak dimainkan .

15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) . Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain .

Friday, May 27, 2011

Mari Berpantun!

Posted by Syahmi Meon at 10:43 PM 0 comments

2 3 unta berlari,

mane nk sma rimau berlari..


2 3 katak berlari,

katak leh berlari k?


2 3 kucing berlari,

kucing mane yg x berlari?


2 kerat pantun baru,

3 kali korg kene tipu..

hahahahaha

Thursday, May 5, 2011

Seloka DLM2A

Posted by Syahmi Meon at 10:18 PM 0 comments

Assalamualaikum pembuka bicara,
Penuh sopan adat bermula,
Hayatilah ini pembuka seloka,
Nukilan ku cipta buat semua.

Kesana kesini sibuk sekali,
Lagak mengalahkan Perdana Menteri,
Inilah dia class rep kami,
Saiful Amaluddin nama diberi.

Diam seribu kata,
Bila berbicara lantanglah pula,
Nama di beri Syakila namanya,
Itulah dia penolong class rep pula.

Mulut bising menjawab soalan,
Bukan main susah nak lawan,
Kalau ketawa tak tengok kiri kanan,
Itulah Anizah dan Zulaiha rakan seperjuangan.

Kalau bergaduh macam berperang,
Kalau dah baik 24 jam bersembang,
Anna dan Zahim bukan sembarang,
Salah cakap boleh kena lempang.

Nik Nur Atikah nama diberi,
“Malaysia, Selesa” panggilan kami,
Senyumnya lebar nampak gigi,
Bila dia marah semua lari.

Zul dan Akmal duduk semeja,
Seorang tidur seorang jaga,
Tahan mengantuk merah mata,
Tapi sesekali terkantoi juga.

Dalam kelas pendiam sekali,
Dialah Bella nama diberi,
Berkaca mata tampak berseri,
Itulah Aqilah anak Haji Rosli.

Nak buat lawak asyik tak jadi,
Selalu membuli kami di sini,
Melanggar disiplin menjadi personaliti,
Itulah Amin anak Madam Samawati.

Kecil molek sungguh menawan,
Aizura gadis cukup bersopan,
Kemana sahaja mesti berteman,
Itulah Aisyah yang ramai kawan.
Bab bercerita pantas sekali,
Itulah NurSyazrina mentee Miss Arni,
Sahabat sejati sampai ke mati,
Fazrine Hisham sentiasa di sisi.

Nak kata pendiam bolehlah tahan,
Bila speaking terlanggar jambatan,
Seorang tinggi seorang perasan,
Iqbal dan Epul nama samaran.

Lain pula Amira, Atiqah dan Wani,
Sering bersama ke sana ke mari,
Pesanan mak ayah selalu di hati,
Agar menjadi pelajar bestari.

Syafiq Yunus jejaka kelas kami,
Berkaca mata kemas sekali,
Idayu terpandang tercuit hati,
Kini mereka pasangan sejoli.

Ikmal dan Fizwan baik orangnya,
Ramai dara terpikat padanya,
Tetapi awas ianya bahaya,
Jika tak tahu apa sikapnya.

Sekali pandang macam Salman Khan,
Dua kali pandang hancur harapan,
Itulah Meon nama timangan,
Marilah kenal janganlah segan.

Kalau ada terumpat kata.
Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada terpuji pula,
Jangan kembang berlori-lori.

Kepada sahabatku harap mengerti,
Ini sekadar penghibur hati,
Kepada yang terkena jangan kecik hati,
Nak buat macam mana dah realiti.

Setiap cerita ada penghabisan ,
Setiap pertemuan ada perpisahan,
Sampai disini daku persembahkan,
Buat tatapan sahabat sekalian.

Wednesday, April 27, 2011

Tsunami JEPUN Di sebalik AL-QURAN

Posted by Syahmi Meon at 1:49 PM 0 comments
1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat...

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing!

Posted by Syahmi Meon at 1:43 PM 0 comments
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
...
LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Kenapa LELAKI kawin Lewat??

Posted by Syahmi Meon at 1:39 PM 0 comments
Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.

Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.

Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.

Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.

Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.

Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.

Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.

Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang

Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.

Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"

Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."

Anda : "RM 5000, okay?"

Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.

"Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat

Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.

Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.

Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :

"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM10,000.

Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :

"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"

"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."

"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.

Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.

Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:

Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.

Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:

01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.

Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.

Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.

Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.

Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.

Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.

Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.

Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.

Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.

Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.

Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

...and the pressure is on men...

Saturday, April 23, 2011

24 Jenis Perempuan Yang Lelaki Paling Meluat & Menyampah

Posted by Syahmi Meon at 12:27 PM 0 comments
1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

14. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

15. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

16. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

17. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

18. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

19. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

20. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

21. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

22. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

23. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

24. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot...

ap mcm?? ap suda jdi??

Tuesday, April 5, 2011

Melayu Semakin Layu

Posted by Syahmi Meon at 11:41 AM 0 comments

Prasan x kita kaum melayu smakin layu?
ni semua salah kita. nak taw kenapa? sebab:


WAKTU SEKOLAH:

-waktu anak2 cina blajar matematik kat skolah, anak2 melayu serong kelas pegi isap rokok.
-waktu cikgu tanya cita2 masa kat skolah, kita gelakkan cita2 kawan2 kita.
-anak cina jalan kaki pegi skolah. dtg skolah berpeluh2. sebab nak study. anak melayu parents bg motor, kereta. berlumba2 ke skolah. knape? sbb arini ade gado lepas skolah.
-time bulan puasa? waktu rehat sumer ilang. tandas tiba2 berasap. stor sukan bau kari. wonder why?
-waktu seminggu sebelum ujian anak2 cina x kuar umah study. tapi anak2 mlayu ape lagi? snooker laa! lucky ball.
-bila dapat result ujian, anak2 melayu bangga dapat D sedangkan anak2 cina kena bambu dgn parents sbb dapat B.

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI:

-lepas skolah, anak2 cina yg result cemerlang pon struggle nak masuk IPT. pinjam sana, pinjam sini. kerja part time nak tanggung blanja study. anak2 mlayu? alaa. MARA ade. klw ade org dlm, asalkan credit dah bole masuk UITM.
-anak2 mlayu bila dah dpt masuk IPT, blaja mcm nak xnak. huha2 jer lbey. blagak mngalahkan anak dato'. x sedar mak bapak kat kampung tu ikat perut nak tanggung korang study.
-anak2 cina pergi IPT nak diploma, nak degree, ini anak2 mlayu plak kena buang sbb muka ada dlm video XXX. jadikanlaa amalan.
-remaja mlayu, beli barang nak branded jer. x main laa local stuff. at least ROXY, QUIKSILVER, TOPMAN. dapat duit MARA, PTPTN, shopping mcm anak Dato'.
-crita nak gebang. dia paling popular kat kolej. CGPA mcm gampang. ape kejadah?

YANG X MASUK IPT:

-anak2 mlayu, lepas skolah ape lagi? result pon sadis, kerja pon malas, merempit jerlaa.
-tiba2 teringin nak rasa berkuasa. jawapan dia? PEKIDA laa. taw apa tu?
Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia.
-nama PEKIDA. sikit punya terserlah keIslaman. tapi bdk2nya puasa pon x. semayang 5 waktu mmg jauh skali. memburukkan nama Islam jer.
-anak2 cina? tolong parents berniaga. cari pengalaman. dah dewasa nnti boleh ganti parents diorg. anak2 melayu? ape lagi. dengki membuak2 laa tengok org tu maju.
-anak2 mlayu, pantang berselisih sikit. x cukup bertekak nak berlengan. x cukup tangan pggl abang2. PEKIDA laa katakan. semangat melayu laa konon. kepala hotak korang! buat malu bangsa jer. anak2 cina? gelak laa tengok melayu mcm xde tamadun.
-anak2 melayu, segan nak start bisnes kecik2. start2 jer terus nak besar. ingat ni maen monopoli ke ape?


sedarlah wahai melayu sekalian. aku pesan kat korang dan kat diri aku sendiri. berubahlaa. klw melayu mcmni, mcmana cina nak hormat kat kita? klw aku jdk cina pon aku kutuk melayu. jgn cuma pandai salahkan bangsa laen. pandang cermin dulu, cerminkan diri kita. ini tak, pantang orang cina kritik sikit mula nak melenting. patutnya korang jadikan kritikan kaum cina sbg cabaran. sibuk dengan semangat melayu korang. geraknya tak jugak. semangat tu baek korang gunakan ke arah yg betul. arah mengglobalisasikan nama Melayu Malaysia sbg bangsa yang bukanlaa sempurna, tapi sekurang-kurangnya cuba nak jadi sempurna.

sekian,

Assalamualaikum.


Thursday, March 31, 2011

The Strokes - Angles

Posted by Syahmi Meon at 1:34 AM 0 comments


01. Machu Picchu

02. Under Cover of Darkness

03. Two Kinds of Happiness

04. You’re So Right

05. Taken For A Fool

06. Games

07. Call Me Back

08. Gratisfaction 

09. Metabolism
10. Life Is Simple In The Moonlight

p/s : sape2 yg lyn slow2 bole r lyn the strokes nie.. hehehe

Rise Against - Endgame

Posted by Syahmi Meon at 12:27 AM 0 comments

Tracklist
  1. Architects
  2. Help Is On The Way
  3. Make It Stop (September’s Children)
  4. Disparity By Design
  5. Satellite
  6. Midnight Hands
  7. Survivor Guilt
  8. Broken Mirrors
  9. Wait For Me
  10. A Gentlemen’s Coup
  11. This Is Letting Go
  12. Endgame
p/s : sume ny mmg best.. masyuk r rise against. gud luck rise against!

NEW!! 2011

Posted by Syahmi Meon at 12:24 AM 0 comments
setelah lame x tlis nie.. tbe2 nk update r plak blog nie.. skurang2 ny ad improvment sket.. slmat datang ke dunia blog 2011.. hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

kisah - kisah meon Copyright © 2012 Design and Graphic by Syahmi Meon Template