Friday, August 24, 2012

Jangan Kahwini Wanita Yang Ada Sifat Ini!

Posted by Syahmi Meon at 12:59 AM 1 comments
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Friday, August 10, 2012

Tips Supaya Suami Tidak Mencari Yang Lain

Posted by Syahmi Meon at 10:08 PM 0 comments
Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza. Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami , memahami dan mengenalinya.

Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.

Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita.

Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.

Di bawah merupakan beberapa langkah yang kita sebagai isteri lakukan supaya lelaki yang bergelar suami tetap setia bersama kita, insyaAllah.

1. Fahamilah perasaan suami

Faham persaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.

2. Gunakan kuasa pujukan

Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya.

Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.

3. Menghormati dan memahami kehendaknya

Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.

4. Tujukkan rasa gembira bila bersama

Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.

5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan

Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami. Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Menghormati diri sendiri

Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga.

Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan atau jiran tetangga.

Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu! :)

Tuesday, July 31, 2012

Segmen Raya Sakan : Teka Juadah Raya!!

Posted by Syahmi Meon at 6:28 PM 1 comments




Jawapan: Biskut Makmur
BISKUT MAKMUR

betol x?? hahaha

Tutup: 5 Ogos 2012, 11.59 malam

Saturday, July 21, 2012

Kebaikan dan Sunnah bersahur

Posted by Syahmi Meon at 5:32 AM 0 comments
Bersahur adalah sunnah Nabi kita, dan dikira sebagai  ibadah.
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
”Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan” (Riwayat Bukhari)
Ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.”
Sabda Rasulullah saw lagi:
”Makan sahur adalah keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya minum seteguk air kerana Allah dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur” (Hadis Hasan)
Bersahur adalah sangat penting sebagai sarapan pagi bagi mendapat cukup bekalan tenaga dan zat untuk mengerjakan berbagai aktiviti pekerjaan di siang hari.  Kajian mendapati mereka yang bersarapan pagi menujukkan prestasi kerja yang lebih baik dan mempunyai taraf kesihatan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang jarang-jarang atau tidak pernah mengambil sarapan pagi. Di kalangan pelajar sekolah pula, mereka yang mengambil sarapan pagi menunjukkan penumpuan di dalam kelas dan pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan mereka yang  jarang-jarang atau tidak bersarapan pagi.
Makanan semasa sarapan pagi seharusnya makanan yang seimbang, iaitu mengandungi kuantiti nasi / bijirin yang sederhana (1 cawan), mengandungi sayur (> 1 senduk), buah (1 biji/potong), satu cawan susu rendah lemak serta rendah masakan keseluruhannya yang rendah lemak/minyak/kolesterol. Sebaik-baik buah semasa bersahur ialah buah tamar

Sunnah dalam bersahur:
1.  Melewat-lewatkan masa bersahur, iaitu sekitar tempoh membaca al-quran 50 ayat al-quran sebelum azan.
Sabda Rasulullah saw :
”Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa” (Riwayat Ahmad)
 
Dari Anas, beliau meriwayatkan dari Zaid bin Thabit,  telah berkata : ”Kami telah bersuhur bersama dengan Nabi saw, kemudian bangun untuk bersolat. Aku telah berkata (Anas) : Berapa lama tempoh antara azan dan bersuhur ? Dia (Zaid) menjawab : Dengan kadar 50 ayat (bacaan Al-Quran) ” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
2.   Makan buah tamar sebagai salah satu menu semasa bersahur
Sabda Rasulullah saw bermaksud : ”Sebaik-baik makanan sahur mukmin itu adalah tamar ” [HR Abu Daud)
3.   Tidak makan secara berlebihan
4.  Mengerjakan solat subuh berjemaah selepas bersahur, yakni tidak tidur selepas bersahur.
Semoga bermanfaat, Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan
Wassalam

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday: Hukum Memakai Contact Lense

Posted by Syahmi Meon at 8:22 AM 1 comments



Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama digunapakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuatkan isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan. 

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

kisah - kisah meon Copyright © 2012 Design and Graphic by Syahmi Meon Template