Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday: Cara Nak Pujuk Kekasih Hati Merajuk

Posted by Syahmi Meon at 4:19 PM


SENYUM 
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen ataupun senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang (dalam hati dah gila apa laki aku ni).
BUAT LAWAK
Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal tangan si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak korang. Tak gelak jugak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’.
BELI HADIAH
Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka apa? Minat apa? Ada apa-apa yang si dia idamkan? Cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair dab merajuk hilang.
HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Cara ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je dengan korang, korang, hantarlah sms/mms/voice sms kat si dia. Gunakanlah ayat yang menunjukkan korang mintak maaf dengan setulus hati korang. Senang je kan? Tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun.
BUAT BODOH
Cara yang ni aku tak berapa nak syorkan, sebab kemungkinan akan berlaku perpisahan antara mereka yang mencuba cara ni. Tapi kalau korang nak cuba jugak, boleh je. Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat bodoh je. Bila si dia marah, korang buat bodoh gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang. Baru padan muka sebab tak nak pujukkan.
MERAJUK BALIK
Paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk dengan korang. Daripada korang kena pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang. Kalau dah sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?
Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Mereka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit, kecil dan makan hati. Jadi kita sebagai seorang lelaki patut tahu dan jaga perasaan mereka agar tidak merajuk. Manakala wanita pula patut bertimbang rasa terhadap pasangannya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap.

1 comments:

Kesuma Angsana on June 20, 2012 at 4:25 PM said...

suka N3 yg ini.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

kisah - kisah meon Copyright © 2012 Design and Graphic by Syahmi Meon Template